Friday, June 15, 2012

GreenLex- Herba Tradisional


B2301 / NB2303 - GREENLEX ORGANIC SPIRULINA
RM77.00WM RM78.00EM
250 TABLET KUNYAH PER BOTOL


Makanan Lengkap yang Kaya Nutrien

  • Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik.
  • Spirulina Disahkan Organik.
  • Makanan Lengkap Kaya Nutrien dan Seimbang.
  • Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat.
  • Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan.

  • GREENLEX ORGANIC SPIRULINA diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang pencemaran atau bahan pencemar. Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah kandungan natrium. Spirulina juga kaya protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting dan asid gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia.                         
    GREENLEX ORGANIC SPIRULINA adalah daripada spesis tulen spirulina platensis yang ditumbuh dengan air mineral bebas pencemaran melalui fotosintesis semula jadi bagi mencakupi nutrien organik dengan menggunakan peralatan moden dan bioteknologi mikroalga termaju. Kawalan ketat dilaksanakan pada setiap proses bagi memastikan produk ini memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Dihasilkan dalam bentuk tablet kunyah yang lebih kecil dan lebih kompak, ia ideal untuk yang muda dan tua. Spirulina yang digunakan mengandungi 70% protein mudah cerna.
     
     
     
     
     
     
    NC2701 - GREENLEX MEMO COMPLEX
    RM73.00WM RM74.00EM
    60 KAPSUL PER BOTOL

    Formulasi Menyeluruh Untuk Kesihatan Am

  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesejahteraan umum.
  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Formulasi GREENLEX MEMO COMPLEX terdiri daripada BacoMind®, ekstrak herba Bacopa yang berdaftar, ekstrak Ashwagandha dan ekstrak daun Ginkgo yang dikenali untuk memperbaiki peredaran darah. Ramuan-ramuan ini disatukan untuk bertindak secara sinergi dan membantu menyelenggarakan kitaran periferal, menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan umum.

  • BacoMind® adalah ekstrak herba Bacopa berdaftar yang diperolehi daripada tumbuhan Bacopa monnieri Linn. Bacopa monnieri adalah salah satu daripada pokok berubat yang berharga dalam rawatan Ayurveda dan telah digunakan secara tradisional untuk lebih 3000 tahun. Ia dipiawaikan secara kimia dengan 9 sebatian bio-aktif berbeza.
  • Ekstrak Ashwagandha juga dikenali sebagai Withania somnifera Dunal (keluarga: solanaceae). Seringkali dirujuk sebagai “Ginseng India”di dalam rawatan Ayuveda. Ekstrak Ashwagandha bertindak sebagai penyesuai yang membantu menguatkan keupayaan tubuh menghadapi stres, memupuk kerehatan dan kepekaan serta merangsang kecergasan dan kekuatan.
  • Ekstrak daun Ginkgo digunakan secara tradisional untuk memperbaiki peredaran dan aliran darah. Pengunaan perubatan ginkgo biloba tercatat sejak 2800 Sebelum Masihi di dalam penulisan Cina.





  • NC2702 - GREENLEX I-COMPLEX
    RM124.00WM RM125.00EM
    60 KAPSUL PER BOTOL
    Diformulasi untuk mata yang sihat

  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesihatan mata.
  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.
  • Diformulasikan agar bertindak secara sinergi: kebaikan ramuan dipertingkatkan kerana kehadiran ramuan-ramuan lain.
  • Sesuai bagi semua peringkat usia, muda dan tua.
  • GREENLEX I-COMPLEX diformulasi berasaskan sains nutrisi bagi membantu individu memperolehi nutrisi secukupnya yang diperlukan setiap hari bagi penglihatan yang sihat. Ia mengandungi ekstrak piawai daripada buah Bilberi, bunga Marigold, buah kelapa sawit, biji anggur dan lada hitam yang mengandungi sejumlah fitokimia, terutamanya sebatian flavonoid yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan kesihatan mata yang umum.

  • Ekstrak Buah Bilberi mengandungi kepekatan flavonoid tinggi yang dikenali sebagai antisianosida. Fitonutrien ini menunjukkan aktiviti antioksidan menakjubkan yang dikaitkan dengan kesihatan mata.
  • Ekstrak Bunga Marigold mengandungi banyak sebatian antioksidan berharga yang dikenali sebagai lutein iaitu komponen utama bagi makula, kawasan di dalam retina mata manusia. Paras lutein yang sihat juga membantu mengatasi kemerosotan beransur-ansur makula daripada menua dan tercetusnya degenerasi makular yang diakibatkan oleh peningkatan usia (AMD).
  • Ekstrak Buah Kelapa Sawit Caromin® mengandungi karotenoid semula jadi, yang diekstrak daripada minyak / buah kelapa sawit mentah (Elaeis guineensis). Selain kandungan tertinggi alpha-karotena, ia juga mengandungi campuran karotenoid lain seperti beta-karotena, gama-karotena dan likopena yang biasa ditemui di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kombinasi karotenoid dalam perkadaran semula jadi dan kesan sinerginya berkemungkinan dapat memberikan banyak kesan berfaedah kepada kesihatan berkenaan karotena, salah satunya adalah menggalakkan kesihatan mata.
  • Ekstrak Biji Anggur adalah sumber OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) berkepekatan tinggi, sejenis antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.
  • Ekstrak Lada Hitam adalah ekstrak piawai daripada buah Piper nigrum L (lada hitam) atau Piper longum L (lada panjang). Ia mengandungi piperine berkepekatan tinggi.
  • [ ... ]

    Zhubee- Vitamin Dan Herba

    NT3202 - Tongkat Ali Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee
    RM94.00WM RM94.60EM
    80 KAPSUL

    Bagi mereka yang mencari kombinasi makanan tambahan kesihatan dengan manfaat kesihatan, Tongkat Ali dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee adalah pilihan yang amat disyorkan. Diadun secara sinergi, rumusan 3 bahan penting istimewanya - Tongkat Ali, Jeli Raja dan Ginseng menawarkan gabungan tiga ramuan yang berkesan untuk membekalkan tubuh anda rangsangan berkhasiat yang diperlukan. Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia adalah herba tradisional yang digunakan dengan meluasnya secara tradisional untuk meningkatkan paras tenaga dan stamina. Jeli Raja adalah sumber khasiat semula jadi yang kompleks untuk merangsang tenaga dan kesihatan. Ia juga merupakan sumber yang kaya dengan asid amino, Vitamin A, C, D, E dan B-kompleks, mineral-mineral surih dan asid lemak. Ginseng, herba purba yang begitu popular telah lama diiktiraf sebagai memiliki nilai kesihatan. Komponen utamanya, ginsenosida, dipercayai merupakan komponen yang mempengaruhi prestasi fizikal. Satu lagi komponen penting, polisakarida, dipercayai kerap digunakan sebagai tonik umum kerana ciri-ciri menyegarnya. Ginseng banyak kegunaannya dalam ubat-ubatan tradisional.
     
     

    NT3204 - Kacip Fatimah Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee
    RM94.00WM RM94.60EM
    80 KAPSUL

    Kacip Fatimah dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee dirumus khas sebagai makanan tambahan kesihatan yang ideal untuk wanita. Kacip Fatimah - atau Labisia Pumilia adalah tumbuhan herba kecil yang diambil meluas oleh wanita selepas proses kelahiran. Jeli Raja memang diketahui merupakan salah satu makanan semula jadi yang hampir lengkap. Ianya adalah bahan putih seperti susu yang dirembeskan oleh lebah pekerja. Jeli Raja adalah makanan eksklusif ratu lebah. Ratu lebah boleh membawa 2000 telur yang hampir dengan berat badannya sendiri. Ia boleh hidup selama hampir 5 tahun sementara lebah pekerja hanya hidup selama 3 bulan sahaja. Kesan ini membuktikan manfaat Jeli Raja. Ginseng pula menolong memperbaiki keberkesanan fizikal. Dengan pengambilan harian Kacip Fatimah dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee yang tetap, anda boleh membekalkan rangsangan tambahan kepada kesihatan umum anda !




    NT3205 - Vitamin C Zhubee

    Vitamin C bertindak sebagai bahan antioksida dan membantu menentang antigen - bahan-bahan yang membawa penyakit kepada badan. Vitamin C juga diperlukan untuk fungsi-fungsi lain dalam tubuh seperti membantu mengekalkan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta kesihatan keseluruhan badan. Satu sebab mengapa anda perlukan pengambilan tetap Vitamin C ialah kerana ia merupakan vitamin yang boleh larut dalam air. Ini bermakna, mana-mana Vitamin C yang tidak digunakan oleh tubuh anda disingkirkan setiap hari daripada tubuh anda melalui air kencing. Kerana itulah anda memerlukan makanan tambahan Vitamin C yang berkualiti seperti Vitamin C ZhuBee untuk mengekalkan paras Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh anda. Ambillah Vitamin C ZhuBee setiap hari mengikut dos harian yang disyorkan atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda dan nikmati kesihatan dan kecergasan yang lebih baik dengan produk yang dicipta khas untuk anda.
     
     
     

    NT3206 - ZHUBEE OMEGA 3 PLUS DENGAN MULTIVITAMIN
    RM37.00WM RM38.00EM
    60 TABLET
    ZHUBEE OMEGA 3 PLUS DENGAN MULTIVITAMIN mengandungi DHA, EPA dan 9 vitamin penting – A, C, D, E, B1, B2, B6, B12 dan Nikotinamida bagi mengekalkan kesejahteraan umum tubuh badan. Omega-3nya yang diperolehi daripada ikan air sejuk laut dalam adalah sejenis asid lemak poli tak tepu berantai panjang – mengandungi 18% EPA dan 12% DHA. EPA dan DHA adalah penting bagi mengekalkan kesihatan. Sesuai bagi kanak-kanak yang tidak berupaya menelan kapsul atau tablet, kerana produk ini dihasilkan dalam bentuk mudah dikunyah. Golongan dewasa yang tidak gemar mengambil kapsul atau tablet juga boleh mengambil produk ini sebagai suplemen bagi mengekalkan kesihatan umum.
    PERINGATAN:

  • Dilarang mengambilnya jika hipersensitif kepada mana-mana satu daripada ramuan aktif.
  • Memandangkan produk ini mengandungi Aspartam, ia tidak sesuai untuk Fenilketonurik.

  • NT3207 - ZHUBEE C DENGAN LYSINE
    RM33.00WM RM34.00EM
    100 TABLET

    Vitamin C adalah bahan penting bagi membentuk kolagen, iaitu protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Ia membantu penyerapan zat besi, lantas menolong mencegah penyakit skurvi. Kini dengan ZHUBEE C DENGAN LYSINE, anda boleh menikmati kebaikan vitamin C serta manfaat Lysine yang merupakan salah satu asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu. Pelbagai kebaikan lysine termasuklah membantu pertumbuhan tisu dan perkembangan tulang yang elok, serta membantu meningkatkan selera. Ianya ideal untuk kanak-kanak yang cerewet dan tidak gemarkan sayur-sayuran, sebagai suplemen yang dapat membangkitkan selera mereka serta mencapai pengambilan vitamin C yang disyorkan.
    [ ... ]

    Vegi-Vera- Jus Gandum




    NT2010 - Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera
    RM78.00WM RM82.00EM
    30sachet x 8g
    Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera adalah minuman kesihatan yang popular. Ia adalah tambahan minuman yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan untuk merangsang pemakanan harian anda. Jus Daun Gandum telah lama dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim penting. Ia mengandungi kandungan protein yang tinggi serta asid amino penting dan tidak penting. Dikenali sebagai penyahtoksin yang hebat, Jus Daun Gandum juga mengandungi flavanoid, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan mineral penting seperti besi, kalsium dan magnesium. Daun Gandum mempunyai kesan antibiotik, antioksida dan anti-keradangan. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera tidak seperti produk Daun Gandum biasa kerana ia menawarkan nisbah kepekatan 33:1 sedangkan produk lain merupakan serbuk Daun Gandum kering dan bukannya serbuk Jus Daun Gandum yang mempunyai kualiti berkhasiat Daun Gandum sebenar. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera mengekalkan kebanyakan daripada nilai nutrisi tingginya bagi memastikan produk berkepekatan konsisten yang memberikan perlindungan antioksida penting kepada tubuh yang membantu sel dan tisu tubuh. Nikmati minuman yang memuaskan dan penghilang dahaga ini untuk kelebihan khasiatnya!
    [ ... ]

    Wanisa- Tuala Wanita

    Perlindungan terbaik bagi setiap wanita pada hari-hari tertentu, setiap bulan

     
    Rangkaian produk TUALA WANITA WANISA adalah penemuan revolutioner yang memenuhi segala keperluan anda, sama ada semasa kedatangan haid mahupun hari-hari di antaranya. Didatangkan dalam 3 bungkusan mudah untuk menolong anda menghadapi hari-hari aliran haid anda: “Siang” untuk hari aliran biasa; “Malam” untuk hari aliran tenat atau untuk kegunaan di waktu malam dan “Pelapik” untuk hari aliran ringan atau untuk kegunaan harian. Diperbuat daripada pelbagai lapisan bahan superior dengan rangkaian ciri-ciri unik, ia memberikan anda kawalan walaupun ketika hari yang merisaukan. Potongannya direka agar terletak kemas mengikut bentuk tubuh anda serta memberikan perlindungan anti-kebocoran yang hebat.Ciri serap terus uniknya dengan lapisan penyerap pelbagai merupakan ‘penyelamat’ di hari-hari aliran yang tenat. Kedua-dua sayap berpelekatnya (Siang & Malam sahaja) dan pita pelekat yang kuat akan melekap mengikut lentur seluar dalam anda dan menetapkan TUALA WANITA WANISA pada kedudukannya. Lebih daripada itu, Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakannya dengan fungsi 4-dalam-1 ~ Fungsi Sinar Inframerah Jauh & Ion Negatif unik dengan tindakan Anti-bakteria dan Penyahbauan, memberikan lebih banyak kebaikan untuk perlindungan dan penjagaan yang secukupnya. Rasai kesegaran dan keselesaan yang unggul, dapatkan perlindungan kebersihan maksimum dan bebaskan diri anda dari gangguan bulanan! Bertukarlah kepada seorang wanita yang yakin dan percaya-diri! Jadilah wanita berkuasa!
     


     

    NK5701 - Kombinasi Siang, Malam & Pelapik
    RM71.00WM RM73.00EM


    NK5702 - Kombinasi Siang & Pelapik
    RM71.00WM RM73.00EM



    NK5703 - Kombinasi Malam & Pelapik
    RM71.00WM RM73.00EM


    NK5704 - Pelapik
    RM77.00WM RM79.00EM
     
    [ ... ]

    El'tina- Produk Rambut, Badan & Kulit


    PC3311 - Syampu Badan Eltina Eengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E
    RM22.00WM RM22.80EM
    500ML

    Syampu Badan Eltina Dengan Lemon, Ginseng Dan Vitamin E menghasilkan buih yang banyak untuk mandian dari hujung rambut ke hujung kaki, meninggalkan rasa kulit yang lembut, bersih dan segar. Bercirikan kompleks nutrien istimewa seperti Lemon, Ginseng dan Vitamin E, syampu badan premium ini memberikan rawatan hebat untuk mengekalkan kulit yang lembut, lembap dan dimanjakan. Lemon dianggap sebagai pengembali kemudaan. Ia membantu mewujudkan kulit muda sementara Vitamin E dan Ginseng pula bertindak menghasilkan kulit yang sihat dan lembut. Ekstrak Ginseng merupakan bahan antioksida berkuasa tinggi yang mengaktifkan superoksida dismutase (SOD) - salah satu daripada enzim utama antioksida yang paling berkesan digunakan untuk merangsang pertumbuhan sel, menggalakkan kitaran mikro serta membekalkan sifat anti-keradangan dan bahan pembersih. Formulasi hebat ini juga mengandungi Natrium Laktat dan gliserin untuk kesan lembapan dan humektan yang lebih baik.

    PC3312 - Syampu Rambut Eltina Dengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E
    RM20.00WM RM20.80EM
    350ML

    Syampu Rambut Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E memberikan rawatan cucian rambut dan kulit kepala yang sungguh melegakan. Ia membersihkan dan merangsang kulit kepala dan rambut secara lembut sambil menambahkan nutrien penting yang diperolehi daripada Ekstrak Ginseng dan Vitamin E serta minyak pati semula jadi Lemon. Cucian harian memberikan pembersihan mendalam pada kulit kepala, menyingkirkan minyak dan kotoran yang melekat pada folikel rambut agar rambut kekal kuat, sihat dan subur. Ia menyingkirkan kekotoran, minyak dan bahan yang terbentuk daripada produk pengayaan rambut agar rambut bersinar, sihat dan mudah diurus. Ramuan aktifnya seperti Pantenol atau Pro-Vitamin B5 mencegah kerosakan rambut dan memberikan sinar dan keanjalan dari luar dan dalam liang rambut.

    PC3313 - Perapi Rambut Eltina Dengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E
    RM21.00WM RM21.80EM
    350ML

    Memilih perapi rambut yang sesuai dapat mencegah rambut berminyak, tidak bermaya dan kekeringan. Hidratkan dan kembalikan lembapan yang sihat pada rambut anda dengan perapi rambut premium ini. Perapi Rambut Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E adalah perapi harian hebat yang direka untuk merapi dan mencantikkan semua jenis rambut. Ia menawarkan perapi dengan haruman yang lembut memikat yang memberikan rambut yang lembut, licin, berkilat dan lebih mudah diurus. Perapi rambut yang sungguh berkesan ini membantu mencegah rambut bercabang dan kelemumur serta menyuburkan rambut. Penggunaan yang kerap menjadikan rambut tidak kusut serta bersinar berseri-seri. Bahan Ginsengnya memperelokkan rambut, membekalkan khasiat penting terhadap rambut sementara Lemon dan Vitamin E membekalkan kesegaran yang amat diperlukan untuk rambut yang sihat. Melangkah lebih bergaya dengan perapi rambut menakjubkan ini!
     
     

    PC3314 - Pemulih Rambut Eltina Dengan Lemon
    RM28.00WM RM28.80EM
    110ML

    Apabila rambut anda kelihatan kaku dan tidak berseri, tiba masanya untuk rawatan pemulihan rambut yang sebenar. Pulihkan rambut rosak dan kembalikan rambut anda yang lembut, sihat dan bersinar. Pemulih Rambut Eltina Dengan Lemon memberikan rawatan pemulihan rambut dengan memupuk bahan antioksida dan ekstrak Lemon yang melegakan bagi membantu pembaikian rambut. Ekstrak Lemon membantu menyuburkan, merapi dan meningkatkan kekuatan dan keanjalan rambut bagi memastikan rambut anda sentiasa cantik dan sihat. Rawatan berkuasa ini mengubah rambut anda yang rosak kepada rambut yang terurus, menjadikannya sihat dan lembut semula. Jangan biarkan rambut anda menjadi nipis, kusam dan rapuh. Miliki kembali rambut yang lebih cantik yang bersinar, ringan dan penuh tenaga!
     
     

    PC3315 - Krim Pelindung Kulit Eltina Dengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E
    RM27.00WM RM27.80EM
    125G

    Kulit adalah organ terbesar pada tubuh kita dan ia mampu menyerap apa jua bahan yang bersentuhan dengannya. Kerja rumah atau berulang-kali bersentuhan dengan kelembapan, alergen dan bahan merengsakan di tempat kerja boleh menyebabkan atau menambahkan kerosakan kulit yang menjurus kepada penyakit seperti dermatitis sentuhan bahan merengsa atau alahan atau penyakit kulit yang lain. Selain daripada pakaian dan sarung tangan pelindung, penggunaan krim pelindung kulit seperti Krim Pelindung Kulit Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E amatlah disyorkan sebagai kaedah berkesan dalam mencegah kerosakan kulit. Krim Pelindung Kulit Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E diperkayakan dengan ekstrak Lemon, Ginseng dan Vitamin E dan ia diformulasikan untuk melindungi kulit kering atau sensitif daripada kesan kerengsaan dan pendehidratan bahan kimia dalam produk penjagaan rumah. Formulasi istimewanya juga mengandungi ekstrak Lemon dan Ginseng serta pemulih kulit Vitamin E Asetat, bahan antioksida berkesan untuk pelindungan daripada sinar ultraungu. Apabila kerap digunakan, krim menakjubkan ini meningkatkan fungsi sel kulit ? memberikan perlindungan penyuburan kulit yang ideal untuk seisi keluarga
    [ ... ]

    Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa




    PC3111 - Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa
    RM120.00WM RM122.00EM
    10 KEPING/KOTAK

    Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa memberikan salah satu kaedah tradisional yang berkesan untuk memperbaiki kesihatan menyeluruh melalui penyahtoksik sistem limfa melalui tapak kaki. Penyahtoksik sedemikian telah diamalkan sejak sekian lama di Jepun dan Asia manakala penyelidik Jepun telah menyatukan beberapa bahan di dalam pelapik penjagaan kaki ini yang mempunyai keupayaan unik menstimulasi titik refleks dan hujung saraf pada tapak kaki bagi menawarkan peningkatan kesejahteraan tubuh.

    Warna Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa akan berubah menjadi kelabu atau hitam dan akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan beberapa jam selepas pemakaiannya, bergantung kepada tahap kandungan toksin yang terkumpul di dalam badan. Ia menunjukkan kandungan toksin di dalam badan telah dikeluarkan menerusi penyerapan keluar pada tapak kaki, iaitu cecair limfa yang tidak diperlukan dan tidak menyihatkan. Selepas penggunaan berterusan, warna yang terhasil akan menjadi semakin cerah, menunjukkan toksin badan semakin berkurangan, imbangan tubuh sebelumnya telah diperolehi semula dan keseimbangan semula jadi yang sihat telah dicapai
    [ ... ]

    Assaho-Bedak, Deodorant Dan Pembersih Wanita

    PC3081 - Bedak Talkum Wangi Assaho Untuk Lelaki
    RM10.00WM RM10.80EM
    100G

    Manjakan diri anda dengan Bedak Talkum Wangi Assaho untuk Lelaki yang lembut, ringan dan selesa - haruman eksklusif yang direka khas untuk lelaki bercita-cita tinggi yang sentiasa dahagakan cabaran. Gunakan setiap hari untuk rasa lembut dan segar dengan wangiannya yang memberikan keselesaan sepanjang hari. Pilihan ideal untuk lelaki yang ingin nikmati rasa dingin dan menyegarkan ketika menjalankan gaya hidup aktif di pejabat mahupun semasa riadah. Penyelesaian terbaik untuk menghindari ruam panas dan kerengsaan kulit yang lain.

    PC3082 - Bedak Talkum Wangi Assaho Untuk Wanita
    RM10.00WM RM10.80EM
    100G

    Misteri dan menakjubkan, Bedak Talkum Wangi Assaho untuk Wanita dihasilkan untuk memberikan wangian lembut dan selesa kepada kulit sepanjang hari. Ia menolong anda rasa lembut, segar dan selesa. Sesuai untuk wanita moden yang inginkan rasa kesegaran dan bertenaga, bebas daripada kerengsaan kulit - ia membawa wangian yang menawan dan lembut. Kehalusannya meninggalkan rasa lembut bak baldu dengan bau eksotik - meninggalkan rasa kelembutan seorang wanita. Gunakan untuk melindungi kulit daripada ancaman debu, matahari dan angin serta melangkah yakin dan harum.
     

    PC3086 - Pembersih Untuk Wanita Assaho
    RM13.00WM RM13.80EM
    200ML

    Pembersih untuk Wanita Assaho menyediakan perlindungan semula jadi dari pelbagai sumber kerengsaan di bahagian sulit dan dirumus khusus untuk menolong mengekalkan keseimbangan PH kawasan luar vagina pada paras pH semula jadi 3.5 yang diperlukan untuk melindungi vagina dari gangguan, kegatalan, kesakitan dan jangkitan bakteria. Bahagian luar vagina mudah dijangkiti dengan pelbagai jangkitan bakteria dan gangguan yang menyebabkan kegatalan, kesakitan dan bau yang kurang menyenangkan. Pembersih Untuk Wanita Assaho berkesan menghapuskan bau busuk menerusi keharumannya dan ramuan yang efektif - melindungi kawasan vagina anda agar sentiasa segar, bersih dan selesa. Rumusannya yang lembut menjadikannya pembersih untuk wanita yang sesuai digunakan setiap waktu atau apabila vagina tidak selesa - rahsia untuk kekal selesa dan berkeyakinan.


    PC3087 - Assaho Whitening Deodorant Roll-On Untuk Lelaki
    RM13.00WM RM13.60EM
    50ML

    Assaho Whitening Deodorant Roll-on untuk lelaki diformulasi khas dengan Alpha-Arbutin iaitu sebatian pemutih kulit biosintesis yang diketahui amat berkesan, menghalang pembentukan pigmen melanin dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Tambahan pula, rekabentuk barunya yang jenis roll-on memastikan aplikasi yang mudah and cepat, dicipta khususnya untuk mereka yang menjalani kehidupan yang aktif! Assaho Whitening Deodorant Roll-on untuk lelaki menambahkan keterujaan kepada gaya hidup aktif anda dengan sedikit haruman berempah yang maskulin, melindungi anda daripada perpeluhan dan bau untuk tempoh yang lama dan pada masa yang sama memberikan anda warna kulit yang senada melalui kesan pemutihannya!
     

    PC3089 - Assaho Whitening Deodorant Roll-On Untuk Wanita
    RM13.00WM RM13.60EM
    50ML

    Assaho Whitening Deodorant Roll-on untuk Wanita diformulasi khas dengan Alpha-Arbutin iaitu sebatian pemutih kulit biosintesis yang diketahui amat berkesan, menghalang pembentukan pigmen melanin dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Tambahan pula, rekabentuk barunya yang jenis roll-on memastikan aplikasi yang mudah and cepat, dicipta khususnya untuk mereka yang menjalani kehidupan yang aktif! Wangian sensual Assaho Whitening Deodorant Roll-on untuk Wanita pasti akan memberikan anda mood yang baik setiap hari, mencegah bau badan dan ketiak hitam dengan formulasi berkesan khas lagi menakjubkan!
    [ ... ]

    Baby Cinta-Mandian Dan Bedak Bayi

    BC3141 - Syampu Rambut Baby Cinta
    RM15.00WM RM15.80EM
    300ML

    Tiada yang lebih halus daripada rambut dan kulit bayi. Bayi tidak mempunyai rembesan air mata normal untuk melindungi mata mereka daripada gangguan luaran. Oleh sebab itulah mereka memerlukan syampu formulasi khas yang bukan sahaja hipoalergenik (tidak menyebabkan alahan) tetapi ia juga lembut dan melegakan kulit. Syampu Rambut Baby Cinta diperbuat daripada kombinasi bahan mesra-bayi yang istimewa. Syampu Rambut Baby Cinta mudah dibilas, menjadikan rambut lembut, bersinar, terurus dan bersih. Ia berbau harum, lembut, dengan formulasi pH seimbang serta Ekstrak Aloe Vera bagi kebaikan dan kesan penyuburan aloe vera yang menakjubkan. Formulasi hipoalergenik yang membersih, melembap dan melindungi kulit kepala bayi secara lembut tanpa merengsakan mata atau kulit bayi - Syampu Rambut Baby Cinta pilihan mandian bayi yang pasti digemari!

    BC3142 - Mandian Badan Baby Cinta
    RM12.00WM RM12.80EM
    300ML

    Mandian Badan Baby Cinta menjadikan kulit bayi bersih, menyegarkan dan lembut. Formulasi imbangan pH yang lembut mengandungi pelembap menghidrat bagi membantu mengembalikan dan mengekalkan imbangan lembapan semula jadi serta membekalkan nutrisi menghidrat pada kulit bayi selepas setiap mandian. Formulasi tidak memedihkan mata yang hipoalergenik ini kaya buih, mencegah kerengsaan pada mata dan kulit bayi serta Ekstrak Alor Veranya pula memberikan rawatan penyuburan kulit manakala Vitamin E bertindak membersih, melegakan dan melembapkan kulit bayi dengan lembut dalam satu langkah mudah. Ia juga membantu mengekalkan lembapan serta melegakan kulit bayi yang halus.
     

    BC3143 - Bedak Talkum Halus Baby Cinta
    RM12.00WM RM12.80EM
    300ML

    Bedak Talkum Halus Baby Cinta sungguh halus dan ringan, meninggalkan rasa lembut bak baldu dan wangian segar pada kulit si kecil. Bedak talkum halus ini dirumus dengan tepung jagung yang menyerap lembapan berlebihan agar kulit bayi kering serta mengelakkan melecet di celah paha, bawah lengan dan belakang lutut. Ia juga mengandungi Alantoin yang berkemampuan hebat merawat luka dan ulser kulit serta membantu menggalakkan pertumbuhan tisu sihat di samping menyingkirkan lembapan agar bayi rasa segar sentiasa. Kandungan Aloe Veranya melegakan dan melindungi kulit halus bayi.
    [ ... ]

    Laviteen- Produk Rambut Dan Badan

    PC3101 - Syampu Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Biasa
    RM23.00WM RM23.80EM
    500ML

    Syampu badan kaya buih yang sungguh merangsangkan dengan ekstrak teh hijau yang menjadikan kulit lebih sihat dengan setiap mandian. Baunya yang menggamit perasaan memberikan rasa sensasi kesegaran. Formulasi khasnya diperkayakan dengan ramuan pelembut dan penghidrat yang menjaga imbangan semula jadi kulit, mengekalkan minyak asli pada kulit. Syampu Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Biasa direka khas untuk memberikan penyuburan yang menghidrat selain menggunakan kebaikan Ekstak Teh Hijau dan Buah Kiwi - bahan penting untuk memberikan pembersihan, pelembapan, penyuburan dan rawatan antioksida yang lembut dan berkesan agar kulit sentiasa bermaya, segar dan halus.


    PC3102 - Syampu Pelembap Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Kering
    RM23.00WM RM23.80EM
    500ML

    Syampu badan yang melembap secara lembut dan membebaskan aroma harum pada setiap aplikasi. Syampu Pelembap Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Kering ini lembut dan melegakan terhadap kulit yang kering. Ia dirumus khas untuk menjadikan kulit terasa dan berbau bersih lagi segar. Bukan sekadar membersih dengan berkesan, malah ia melembapkan kulit secara sempurna dan memberikan rasa lega, segar dan menawan. Ia memerangkap lembapan dan menyingkirkan kotoran permukaan secara lembut tanpa menghilangkan minyak semula jadi kulit. Kandungan Vitamin E dan Ekstrak Avocado melembapkan dan mengekalkan imbangan lembapan kulit, menjadikannya lembut dan halus. Kandungan ekstrak Teh Hijaunya pula memberikan sifat antioksida berkuasa yang melindungi kulit dari kesan kerosakan lanjut akibat angin, debu dan matahari.


    PC3103 - Syampu Jagaan Kulit Kepala Laviteen Dengan Teh Hijau
    RM20.00WM RM20.80EM
    350ML

    Teh Hijau terkenal sebagai bahan paling berkuasa untuk mencegah kesan radikal bebas yang merosakkan. Syampu Jagaan Kulit Kepala Laviteen dengan Teh Hijau mengandungi Ekstrak Teh Hijau untuk menyubur dan memakan radikal bebas pada kulit kepala, meningkatkan aliran darah di kulit kepala dan memberikan ramuan yang menguatkan kutikel helaian rambut. Ia membantu meningkatkan kesihatan, kecantikan dan kilauan rambut serta kulit kepala. Syampu jagaan kulit kepala ini membersih rambut dengan adunan Teh Hijau dan Pro-vitamin B5 yang merapi, melembut dan menguatkan rambut serta melindunginya dari kerosakan akibat penggayaan rambut. Ia memberikan kesan menentang kelemumur tanpa mengikis helaian rambut mahupun mengganggu kulit kepala dengan mengekalkan minyak semula jadi kulit kepala.


    PC3104 - Cecair Penguat Rambut Laviteen Dengan Teh Hijau
    RM20.00WM RM20.70EM
    250ML

    Cecair Penguat Rambut Laviteen dengan Teh Hijau membentuk isipadu dengan sinar menakjubkan, mengawal setiap penggayaan tanpa menggumpal, melekit atau berkerak. Rambut yang kering dan rosak akan tumbuh semula dengan baik melalui penggunaan yang kerap, memberi kawalan dan kilauan serta melembapkan rambut sepanjang hari. Ekstrak Teh Hijaunya berkesan melawan radikal bebas dengan kebaikan antioksida yang menjadikan rambut bermaya. Ia juga mengawal rambut yang berketak dan mudah kusut, memberikan isipadu dan gaya sambil menguatkan struktur rambut. Apa jua yang dilakukan kepada rambut anda - mendandan, membentuk atau mengering, menyikat rapi ke belakang, gaya 'basah' atau sebarang gaya - cecair penguat rambut ini terbukti akan memberikan kejutan menyenangkan kepada anda!


    PC3105 - Gel Rambut Laviteen Dengan Teh Hijau
    RM22.00WM RM22.70EM
    125ML

    Gel Rambut Laviteen dengan Teh Hijau dapat menguruskan rambut yang degil dan susah untuk dikawal. Penuh dengan kebaikan antioksida Teh Hijau, ia menjadikan rambut anda lembut dan kelihatan lurus selepas dikeringkan. Ia memberikan penggayaan tanpa kelihatan kaku atau melekit dengan Ekstrak Teh Hijaunya yang memberikan penggayaan berkesan tanpa mengeringkan atau menanggalkan minyak semula jadi rambut, sambil memberikan isipadu dan sinar. Gel rambut ini dapat dicuci dengan mudah tanpa sebarang sisa menjengkelkan yang membuatkan rambut kelihatan kusam dan tidak bermaya - semestinya gel penggaya rambut pilihan anda!
    [ ... ]

    Dolphin - Produk Mandian

    PC3074 - Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin
    Dengan Aloe Vera, Netel & Pro-vitamin B5
    RM17.00WM RM17.80EM
    350ML

    Syampu yang sesuai untuk cucian harian yang lembut dengan sedikit perapian. Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Aloe Vera, Netel dan Pro-Vitamin B5 adalah formulasi kaya buih dengan adunan ekstrak herba dan tumbuhan seperti Aloe Vera dan Netel bagi menambahkan kecantikan semula jadi kepada rambut anda. Syampu unik ini juga mengandungi pantenol atau Pro-vitamin B5 yang bertindak sebagai pelembap yang menembus ke dalam rambut untuk rambut yang sihat bersinar dan mudah diurus serta kulit kepala yang sihat.

    PC3075 - Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin
    Dengan Rosmari, Netel Dan Pro-vitamin B5
    RM17.00WM RM17.80EM
    350ML

    Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Rosmari, Netel dan Pro-Vitamin B5 adalah syampu harian yang membantu melembutkan rambut. Dirumus dengan bahan botani penting yang menjaga kesihatan rambut seperti Rosmari dan Netel, syampu ini sesuai untuk penjagaan perapian rambut berkualiti menakjubkan - syampu perapi yang menyenangkan dengan Pantenol dan Aloe Vera yang diketahui bersifat melembapkan dan anti-keradangan. Melalui kombinasi rumusan semula jadi unik ini, Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Rosmari, Netel dan Pro-Vitamin B5 melegakan kekeringan kulit kepala dan mengembalikan imbangan lembapan semula jadi rambut anda kepada kecantikan yang sihat bersinar. Pro-vitamin B5 atau Pantenol membantu memperbaiki rambut bercabang, menguatkan rambut serta menjadikannya kemas dan terurus. 


    PC3076 - Syampu Pelembap Badan Aloe Vera Dolphin Berasaskan Sabun
    RM23.00WM RM23.80EM
    500ML

    A beautiful, soothing moisturising body shampoo combining the rich moisturising and healing properties of Aloe Vera to gently but thoroughly cleanse your skin. Dolphin Aloe Vera Soap Based Moisturising Body Shampoo is a rich, foaming, gentle and effective soap based shampoo that soothes and moisturises your skin for remarkable results that will leave you pleasantly surprised. It is rich with emollients, protein and Aloe Vera Gel, which provides a comprehensive list of skin nurturing benefits to keep it soft and supple with a naturally moisturised balance. Its Aloe Vera gel helps the skin to draw and hold oxygen, making it an effective skin cellular renewal ingredient to keep your skin constantly refreshed. Its pleasing scent adds a touch of elegance and keeps your skin fragrantly fresh.
    [ ... ]

    Smileon- Ubat Gigi dan Kumur

    PC2315 - Ubat Gigi Smileon Dengan Aloe Vera
    RM13.00WM RM14.00EM
    Tiub 250g
    Menggosok gigi adalah salah satu perkara penting untuk kesihatan penjagaan di dalam mulut. Namun kebanyakan ubat gigi boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan kerana kandungan yang kasar boleh menghakis enamel gigi atau kekurangan fluorida yang penting untuk perlindungan gigi yang lebih baik. Jika ingin mencari ubat gigi yang ideal, Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah pilihan tepat untuk penjagaan mulut yang sihat. Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah ubat gigi yang dirumus khas yang membersih dengan lebih baik, mengekalkan gusi yang lebih sihat dan menjanjikan senyuman yang memikat sentiasa. Ekstrak Aloe Veranya memberikan kuasa pembersihan yang melegakan dan perlindungan fluorida SMFPnya mengekalkan gusi dan gigi yang sihat dan kuat, terhindar daripada tartar, plak dan gigi berlubang yang disebabkan oleh pemberusan gigi yang tidak sempurna atau penggunaan ubat gigi yang kurang berkemampuan. Gunakan Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera dengan kerap dan nikmati rasa pudina yang menyejukkan lagi menyegarkan.

    PC3601 - Cecair Kumur Cool Mint Smileon
    RM23.00WM RM24.00EM
    500ML

    Cecair Kumur Cool Mint Smileon tanpa-alkohol dirumus khas dengan pelbagai ramuan semula jadi untuk mereka yang mengalami rongga mulut kering. Seperti yang diketahui, alkohol seringkali amat mengeringkan mulut, lantas menyebabkan bakteria penyebab nafas berbau membiak di dalam mulut. Menurut sorotan yang diterbitkan di dalam Dental Journal of Australia, terdapat cukup bukti bahawa cecair kumur mengandungi alkohol menyumbang kepada peningkatan risiko barah mulut. Cecair Kumur Cool Mint Smileon yang lembut dan berpudina, terdiri daripada ramuan semula jadi seperti minyak tea tree dan minyak eucalyptus, kedua-duanya agen germasida dengan sifat antiseptik yang membantu melegakan gusi sensitif dan mencegah kerosakan gigi melalui sebatian utamanya iaitu Trepenoid dan Eucalyptol. Cecair kumur juga mengandungi Setil Piridium Klorida yang membunuh bakteria penyebab bau nafas dan Xylitol yang berkesan mengurangkan jumlah bakteria penyebab kerosakan dan membantu pemineralan semula gigi. Dan, Menthol, Minyak Peppermint dan Minyak Spearmint dengan perisa pudina dan kesan dingin pada cecair kumur meninggalkan nafas anda dingin dan segar sepanjang hari!
    
    [ ... ]

    Koleksi (Set) Barang kemas

    Tercari-cari hadiah istimewa untuk ulang tahun atau sekadar mengidamkan sesuatu yang indah menawan untuk dimiliki? Pilihlah cincin, subang, rantai tangan dan rantai leher bersadur emas keluaran Zhulian yang menawan dengan rangkaian batuan cubic zirconia jernih dan delima sintetik berpotongan pelbagai segi ini untuk melangkah penuh gaya!



    KOLEKSI MAWAR
    ER8096 RM150RG8097 RM143BT8098 RM311NL8099 RM322
    Saiz Cincin 11,13,15,17,20
    Saiz Gelang 16.5,17.5,19cm
    Saiz Rantai 42,45,48cm



    KOLEKSI SEROJA


    ER8104 RM140RG8105 RM143BT8106 RM295NL8107 RM306
    Saiz Cincin 11,13,15,17,20
    Saiz Gelang 16.5,17.5,19cm
    Saiz Rantai 42,45,48cm
     
     
     

    KOLEKSI PURNAMA



    ER8108 RM143RG8109 RM140BT8110 RM295NL8111 RM306
    Saiz Cincin 11,13,15,17,20
    Saiz Gelang 16.5,17.5,19cm
    Saiz Rantai 42,45,48cm
     
     



    KOLEKSI CINTA

    RG8651 RM118PT8652 RM195ER8653 RM133RG8654 RM106
    ER8655 RM150PT8658 RM195RG8657 RM104PT8658 RM195
    ER8659 RM133RG8660 RM104PT8661 RM192ER8662 RM133
    ER8663 RM106PT8664 RM203ER8665 RM135PT8666 RM203
    RG8667 RM120ER8668 RM150
    Saiz Cincin 11,13,15,17
    Saiz Rantai Free untuk setiap loket 39,42,45cm






     




     


     




     

     

     




    [ ... ]

    Shishen Age perfect


    PC3147 - SHISHEN AGE PERFECT CLEANSING MILK

    PC3147
    RM83.00WM / RM86.00EM
    120ml

    Hasil yang begitu berkesan

    SHISHEN AGE PERFECT CLEANSING MILK adalah susu pembersih muka amat menakjubkan untuk meningkatkan kecantikan kulit.  Diformulasikan dengan Ekstrak botani seperti Ekstrak Teh Hijau dan Lemon, susu pembersih ini meningkatkan kejernihan wajah dan melembapkan kulit serta  meneutralkan kesan kekeringan dan penuaan dari matahari, udara dan haba harian agar kulit menjadi lembut, segar dan  selesa.
    PC3148 - SHISHEN AGE PERFECT CLEANSING GEL
    PC3148
    RM83.00WM / RM86.00EM
    120ml

    Membersih ke arah wajah yang lebih muda bertenaga

    Formulasi pembersih muka lembut yang membersih mendalam dan membersih liang-liang untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit yang sihat dan menawan. SHISHEN AGE PERFECT CLEANSING GEL mengandungi kompleks botani aktif dan ekstrak tumbuhan khas dengan kesan kebaikan yang melindungi dan menjana-semula epidermis. Gel pembersih wajah yang lembut dan canggih  ini menghasilkan buih-buih lembut untuk wajah yang segar, bersih, cantik dan muda - meninggalkan kulit terasa segar, bersih  dan bertenaga.


    PC3149 - SHISHEN AGE PERFECT REVITALISING AND FIRMING TONER


    PC3149
    RM83.00WM / RM86.00EM
    120ml

    Kembalikan kecantikan dan keindahan wajah semula jadimu

    SHISHEN AGE PERFECT REVITALISING AND FIRMING TONER ialah penyegar berasaskan botani yang unik di dalam    rawatan kecantikan yang sempurna. Teksturnya yang lembut dan formulasi botaninya memberikan kebaikan pelbagai-fungsi - menyegarkan, memberikan tenaga dan menganjalkan dengan kompleks botani yang berkesan dan aktif yang mengandungi ekstrak tumbuhan istimewa. Ia  mengeton kulit, menghidratkan dan menyuburkan tisu dengan kesan imbangan sebum tambahannya. Sifatnya yang menyejuk dan melegakan   mengembalikan pH normal kulit serta menyegarkan kembali kulit sambil mengurangkan kehadiran garisan halus ke arah penampilan yang muda berseri.
     PC3150 - SHISHEN AGE PERFECT DAY CREAM
    PC3150
    RM95.00WM / RM98.00EM
    50g

    Penampilan semuda yang dirasa!
    Krim siang bernutrisi luar biasa yang dirumuskan dengan minyak kompleks botani aktif dan protein yis yang  memberikan khasiat penghidratan rapi secara berterusan. SHISHEN AGE PERFECT DAY CREAM membantu menyuburkan dan   melembutkan kulit, menjadikannya kelihatan nyata lebih muda. Diperkayakan dengan Vitamin E iaitu bahan antioksida yang terbukti, Ekstrak Lemon yang mengandungi Vitamin C, membantu menguatkan kulit sementara Ekstrak Teh Hijau pula melegakan dan menjadikan kulit  kelihatan lebih muda. 
    PC3151 - SHISHEN AGE PERFECT NIGHT CREAM 
    
    PC3151
    RM107.00WM / RM110.00EM
    50g


    Jangan dimamah usia, tampilkan wajah yang muda!

    Dengan SHISHEN AGE PERFECT NIGHT CREAM, anda boleh kelihatan benar-benar lebih muda! Ia bertindak  sewaktu anda tidur dengan membantu membekalkan kulit dengan keupayaan memperbaiki kerosakan kulit yang berlaku di siang hari. Ia meresap  jauh ke dalam dan ia tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit. Rumusannya kaya lagi mewah dengan minyak kompleks botani aktif yang  mengandungi protein yis untuk melawan dan mengurangkan pembentukan garisan kedut yang baru dan sedia-ada. Diperkayakan dengan Vitamin E iaitu sejenis bahan antioksida yang terbukti, serta Ekstrak Lemon, Vitamin C dan Ekstrak Teh Hijau bagi menguatkan dan melegakan kulit agar   kulit wajah sentiasa cantik. Ia memberikan penyuburan rapi, memperbaiki dan penguatkan kolagen dan matrik elastin kulit bagi pembaharuan kulit wajah anda.


    PC3152 - SHISHEN AGE DEFENSE SERUM


    PC3152
    RM251.00WM /RM256.00EM
    30ml
    Serum pelindung penuaan penting hanya untuk anda
    Ringan dan selembut sutera, kuasa pembaharuan dan kemudaan kulit anda dipertingkatkan kepada tahap kesempurnaan dengan serum berkuasa ini. Sejenis pelembap rapi, SHISHEN AGE DEFENSE SERUM mengandungi kombinasi ramuan istimewa yang    mengembalikan kemudaan kulit dengan berkuasa lagi berkesan bagi memberikan kesan kelegaan pada kulit. Penyatuan terbaik kosmetologi dan alam semula jadi serta mengandungi kepekatan tinggi komplek botani aktif dan ekstrak tumbuhan dengan Vitamin E yang memiliki tindakan   pertumbuhan-semula kulit. Ia menguatkan kolagen asal dan matriks elastin bagi menjadikan kulit lebih lembut, kenyal dan bertenaga.  
              
    PC3153 - SHISHEN AGE PERFECT EYE GEL
    
                 
    PC3153
    RM129.00WM /RM134.00EM
    20ml

    Berikan matamu pemulihan sempurna

    SHISHEN AGE PERFECT EYE GEL menyuburkan dan mengeton kulit halus di sekitar mata. Ia membantu mengembalikan imbangan lembapan semula jadi dan menyegarkan kembali kulit. Gel mata yang melegakan ini diformulasikan dengan kepekatan tinggi kompleks botani aktif yang meresap ke dalam kulit apabila diurut lembut dan ia berkesan memudarkan garisan halus sekitar mata. Ia mengurangkan lingkaran hitam dan bengkak sekitar mata dan ia juga melambatkan tanda penuaan yang kelihatan untuk kecantikan mata yang menarik dan kelihatan muda.



    PC3154 - SHISHEN INTENSIVE HYDRATING MASK

    PC3154
    RM118.00WM /RM123.00EM
    120ml

    Penghidratan penting bagi kulit anda

    Untuk kulit wajah pada kesihatan optimum dan untuk menjadikannya seperti baru, anda memerlukan pupur penghidratan -semula yang rapi lagi berkesan seperti SHISHEN INTENSIVE HYDRATING MASK mempunyai kepekatan kompleks botani aktif yang tinggi, serta Natrium PCA dan Gliserin iaitu dua pelembap dan emolien yang sangat mujarab memberikan siraman yang menyegarkan pada wajah anda. Ia juga menghaluskan tanda-tanda kekeringan dan menyerlahkan kulit anda bagi wajah yang terhidrat dan segar bertenaga.







    [ ... ]
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ©2011 Zhulian Online | Template by TNB