Friday, June 15, 2012

Zhubee- Vitamin Dan Herba

NT3202 - Tongkat Ali Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee
RM94.00WM RM94.60EM
80 KAPSUL

Bagi mereka yang mencari kombinasi makanan tambahan kesihatan dengan manfaat kesihatan, Tongkat Ali dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee adalah pilihan yang amat disyorkan. Diadun secara sinergi, rumusan 3 bahan penting istimewanya - Tongkat Ali, Jeli Raja dan Ginseng menawarkan gabungan tiga ramuan yang berkesan untuk membekalkan tubuh anda rangsangan berkhasiat yang diperlukan. Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia adalah herba tradisional yang digunakan dengan meluasnya secara tradisional untuk meningkatkan paras tenaga dan stamina. Jeli Raja adalah sumber khasiat semula jadi yang kompleks untuk merangsang tenaga dan kesihatan. Ia juga merupakan sumber yang kaya dengan asid amino, Vitamin A, C, D, E dan B-kompleks, mineral-mineral surih dan asid lemak. Ginseng, herba purba yang begitu popular telah lama diiktiraf sebagai memiliki nilai kesihatan. Komponen utamanya, ginsenosida, dipercayai merupakan komponen yang mempengaruhi prestasi fizikal. Satu lagi komponen penting, polisakarida, dipercayai kerap digunakan sebagai tonik umum kerana ciri-ciri menyegarnya. Ginseng banyak kegunaannya dalam ubat-ubatan tradisional.
 
 

NT3204 - Kacip Fatimah Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee
RM94.00WM RM94.60EM
80 KAPSUL

Kacip Fatimah dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee dirumus khas sebagai makanan tambahan kesihatan yang ideal untuk wanita. Kacip Fatimah - atau Labisia Pumilia adalah tumbuhan herba kecil yang diambil meluas oleh wanita selepas proses kelahiran. Jeli Raja memang diketahui merupakan salah satu makanan semula jadi yang hampir lengkap. Ianya adalah bahan putih seperti susu yang dirembeskan oleh lebah pekerja. Jeli Raja adalah makanan eksklusif ratu lebah. Ratu lebah boleh membawa 2000 telur yang hampir dengan berat badannya sendiri. Ia boleh hidup selama hampir 5 tahun sementara lebah pekerja hanya hidup selama 3 bulan sahaja. Kesan ini membuktikan manfaat Jeli Raja. Ginseng pula menolong memperbaiki keberkesanan fizikal. Dengan pengambilan harian Kacip Fatimah dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee yang tetap, anda boleh membekalkan rangsangan tambahan kepada kesihatan umum anda !




NT3205 - Vitamin C Zhubee

Vitamin C bertindak sebagai bahan antioksida dan membantu menentang antigen - bahan-bahan yang membawa penyakit kepada badan. Vitamin C juga diperlukan untuk fungsi-fungsi lain dalam tubuh seperti membantu mengekalkan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta kesihatan keseluruhan badan. Satu sebab mengapa anda perlukan pengambilan tetap Vitamin C ialah kerana ia merupakan vitamin yang boleh larut dalam air. Ini bermakna, mana-mana Vitamin C yang tidak digunakan oleh tubuh anda disingkirkan setiap hari daripada tubuh anda melalui air kencing. Kerana itulah anda memerlukan makanan tambahan Vitamin C yang berkualiti seperti Vitamin C ZhuBee untuk mengekalkan paras Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh anda. Ambillah Vitamin C ZhuBee setiap hari mengikut dos harian yang disyorkan atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda dan nikmati kesihatan dan kecergasan yang lebih baik dengan produk yang dicipta khas untuk anda.
 
 
 

NT3206 - ZHUBEE OMEGA 3 PLUS DENGAN MULTIVITAMIN
RM37.00WM RM38.00EM
60 TABLET
ZHUBEE OMEGA 3 PLUS DENGAN MULTIVITAMIN mengandungi DHA, EPA dan 9 vitamin penting – A, C, D, E, B1, B2, B6, B12 dan Nikotinamida bagi mengekalkan kesejahteraan umum tubuh badan. Omega-3nya yang diperolehi daripada ikan air sejuk laut dalam adalah sejenis asid lemak poli tak tepu berantai panjang – mengandungi 18% EPA dan 12% DHA. EPA dan DHA adalah penting bagi mengekalkan kesihatan. Sesuai bagi kanak-kanak yang tidak berupaya menelan kapsul atau tablet, kerana produk ini dihasilkan dalam bentuk mudah dikunyah. Golongan dewasa yang tidak gemar mengambil kapsul atau tablet juga boleh mengambil produk ini sebagai suplemen bagi mengekalkan kesihatan umum.
PERINGATAN:

  • Dilarang mengambilnya jika hipersensitif kepada mana-mana satu daripada ramuan aktif.
  • Memandangkan produk ini mengandungi Aspartam, ia tidak sesuai untuk Fenilketonurik.

  • NT3207 - ZHUBEE C DENGAN LYSINE
    RM33.00WM RM34.00EM
    100 TABLET

    Vitamin C adalah bahan penting bagi membentuk kolagen, iaitu protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Ia membantu penyerapan zat besi, lantas menolong mencegah penyakit skurvi. Kini dengan ZHUBEE C DENGAN LYSINE, anda boleh menikmati kebaikan vitamin C serta manfaat Lysine yang merupakan salah satu asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu. Pelbagai kebaikan lysine termasuklah membantu pertumbuhan tisu dan perkembangan tulang yang elok, serta membantu meningkatkan selera. Ianya ideal untuk kanak-kanak yang cerewet dan tidak gemarkan sayur-sayuran, sebagai suplemen yang dapat membangkitkan selera mereka serta mencapai pengambilan vitamin C yang disyorkan.

    1 comments:

    josephine blessed said...

    Hi. I'm interested on ZHUBEE VITAMIN C.
    Please quote me the price and quantity per bottle?
    How do I take it? When can I get the product?
    Thank you.

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ©2011 Zhulian Online | Template by TNB