Friday, June 15, 2012

Smileon- Ubat Gigi dan Kumur

PC2315 - Ubat Gigi Smileon Dengan Aloe Vera
RM13.00WM RM14.00EM
Tiub 250g
Menggosok gigi adalah salah satu perkara penting untuk kesihatan penjagaan di dalam mulut. Namun kebanyakan ubat gigi boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan kerana kandungan yang kasar boleh menghakis enamel gigi atau kekurangan fluorida yang penting untuk perlindungan gigi yang lebih baik. Jika ingin mencari ubat gigi yang ideal, Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah pilihan tepat untuk penjagaan mulut yang sihat. Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah ubat gigi yang dirumus khas yang membersih dengan lebih baik, mengekalkan gusi yang lebih sihat dan menjanjikan senyuman yang memikat sentiasa. Ekstrak Aloe Veranya memberikan kuasa pembersihan yang melegakan dan perlindungan fluorida SMFPnya mengekalkan gusi dan gigi yang sihat dan kuat, terhindar daripada tartar, plak dan gigi berlubang yang disebabkan oleh pemberusan gigi yang tidak sempurna atau penggunaan ubat gigi yang kurang berkemampuan. Gunakan Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera dengan kerap dan nikmati rasa pudina yang menyejukkan lagi menyegarkan.

PC3601 - Cecair Kumur Cool Mint Smileon
RM23.00WM RM24.00EM
500ML

Cecair Kumur Cool Mint Smileon tanpa-alkohol dirumus khas dengan pelbagai ramuan semula jadi untuk mereka yang mengalami rongga mulut kering. Seperti yang diketahui, alkohol seringkali amat mengeringkan mulut, lantas menyebabkan bakteria penyebab nafas berbau membiak di dalam mulut. Menurut sorotan yang diterbitkan di dalam Dental Journal of Australia, terdapat cukup bukti bahawa cecair kumur mengandungi alkohol menyumbang kepada peningkatan risiko barah mulut. Cecair Kumur Cool Mint Smileon yang lembut dan berpudina, terdiri daripada ramuan semula jadi seperti minyak tea tree dan minyak eucalyptus, kedua-duanya agen germasida dengan sifat antiseptik yang membantu melegakan gusi sensitif dan mencegah kerosakan gigi melalui sebatian utamanya iaitu Trepenoid dan Eucalyptol. Cecair kumur juga mengandungi Setil Piridium Klorida yang membunuh bakteria penyebab bau nafas dan Xylitol yang berkesan mengurangkan jumlah bakteria penyebab kerosakan dan membantu pemineralan semula gigi. Dan, Menthol, Minyak Peppermint dan Minyak Spearmint dengan perisa pudina dan kesan dingin pada cecair kumur meninggalkan nafas anda dingin dan segar sepanjang hari!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

©2011 Zhulian Online | Template by TNB