Friday, June 15, 2012

NADRA- Produk Kecantikan


PC3420 - PC3426
MOISTURE CARE BOTANICAL LIPSTICK
RM 32(WM) RM33(EM)

Gincu Yang Menyerlahkan Tatarias Wajah Anda
NADRA MOISTURE CARE BOTANICAL LIPSTICK diperbuat daripada formulasi botani inovatif seperti mentega shea yang membantu melembapkan bibir dan menghaluskan teksturnya untuk bibir yang kelihatan penuh dan bersinar jelas; dan lilin botani yang diperolehi daripada Copernicia Cerifera (Carnauba) dan Euphorbia Cerifera (candelilia) serta lain-lain ramuan semula jadi yang hipoalergenik dan amat selamat untuk pengaplikasian di bibir. Formulasi uniknya juga mengandungi α-Bisabolol (chamomile), iaitu emolien yang dapat menolong melegakan bibir yang mengalami radang. Warnanya yang menyerlah, kandungan yang melembapkan, serta tekstur yang berkrim dan bercahaya memberikan sapuan yang sempurna demi penampilan paling mempesonakan!

Pilihlah warna-warna kegemaran anda di antara tujuh warna versatil yang mulus untuk disesuaikan dengan sebarang acara.
                         



PC3429 - PC3430
NADRA ILLUMINATING CHEEK ROUGE 2.5g
RM35 (WM) RM36 (EM)
Teramat ringan dan lembut, mudah disapu dan kekal lama. Pemerah pipi NADRA ILLUMINATING CHEEK ROUGE yang mengandungi zarahan ultra halus menonjolkan pipi dengan memberikannya limpahan warna lembut.                          


        PC3434 - NADRA PERFECT CURL MASCARA 6g      
       RM24(WM) RM25(EM) 

Berus maskara yang lembut dan rapi direka untuk melitupi setiap helaian bulu mata bagi mendapatkan lentikan sempurna. Formula kalis air NADRA PERFECT CURL MASCARA tahan lama dan kering dengan pantas untuk memberikan kesan lentik bagaikan kipas, yang optimum.                  

 


PC3431 - PC3433
     NADRA SILKY EYE COLOUR 3g
  
RM37(WM) RM38(EM)

Lembut, halus dan mudah diadun. Setiap satu boleh digunakan berasingan untuk penampilan lembut atau diadun bersama rona-rona lain untuk kesan yang galak. Tekstur selembut satin NADRA SILKY EYE COLOUR yang meninggalkan kesan kilau ini, juga diperkayakan dengan vitamin E yang memelihara kulit halus di sekitar mata anda.      


                             
               
 
 PC3427 - PC3428
NADRA MICRO-FINE COMPACT POWDER SPF15 12g
RM40(WM) RM41(EM)

Memberi kesan menakjubkan tetapi tidak terasa pemakaiannya. Diformulasi dengan bedak mikrofine untuk menyekatakan warna kulit sambil membenarkannya bernafas dan kelihatan segar sepanjang hari, bedak kompak yang diperkayakan dengan lembapan skualana dari sumber sayuran ini juga mengandungi vitamin E iaitu antioksidan yang menyuburkan kulit dalam satu langkah mudah. NADRA MICRO-FINE COMPACT POWDER dapat menyerap minyak dan lembapan berlebihan serta tidak akan menyumbat pori-pori. Pelindung SPF 15 juga memberikan penghalang berkesan terhadap sinar UV.


PC3435 - PC3436
NADRA PROTECTIVE 2-WAY FOUNDATION SPF15 12g
     RM49(WM) RM50(EM)  

              Serasi dengan kulit dan menjadikannya halus dan bersinar menawan! Bedak asas mikrofine yang ringan ini menyuburkan kulit dan menentang radikal bebas dengan kandungan vitamin E dan mengekalkan lembapan dengan skualana dari sumber sayuran. Sifat penyerapan minyak NADRA PROTECTIVE 2-WAY FOUNDATION mengurangkan kilauan, menjadikan kulit lebih sihat dan sempurna. Kandungan SPF 15 melindungi kulit wajah dari sinar UVA & UVB yang merbahaya. Tekstur bedak yang sangat halus akan kekal selesa di wajah, sama ada diaplikasi secara kering atau basah.        

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

©2011 Zhulian Online | Template by TNB