Friday, June 15, 2012

Laviteen- Produk Rambut Dan Badan

PC3101 - Syampu Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Biasa
RM23.00WM RM23.80EM
500ML

Syampu badan kaya buih yang sungguh merangsangkan dengan ekstrak teh hijau yang menjadikan kulit lebih sihat dengan setiap mandian. Baunya yang menggamit perasaan memberikan rasa sensasi kesegaran. Formulasi khasnya diperkayakan dengan ramuan pelembut dan penghidrat yang menjaga imbangan semula jadi kulit, mengekalkan minyak asli pada kulit. Syampu Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Biasa direka khas untuk memberikan penyuburan yang menghidrat selain menggunakan kebaikan Ekstak Teh Hijau dan Buah Kiwi - bahan penting untuk memberikan pembersihan, pelembapan, penyuburan dan rawatan antioksida yang lembut dan berkesan agar kulit sentiasa bermaya, segar dan halus.


PC3102 - Syampu Pelembap Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Kering
RM23.00WM RM23.80EM
500ML

Syampu badan yang melembap secara lembut dan membebaskan aroma harum pada setiap aplikasi. Syampu Pelembap Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Kering ini lembut dan melegakan terhadap kulit yang kering. Ia dirumus khas untuk menjadikan kulit terasa dan berbau bersih lagi segar. Bukan sekadar membersih dengan berkesan, malah ia melembapkan kulit secara sempurna dan memberikan rasa lega, segar dan menawan. Ia memerangkap lembapan dan menyingkirkan kotoran permukaan secara lembut tanpa menghilangkan minyak semula jadi kulit. Kandungan Vitamin E dan Ekstrak Avocado melembapkan dan mengekalkan imbangan lembapan kulit, menjadikannya lembut dan halus. Kandungan ekstrak Teh Hijaunya pula memberikan sifat antioksida berkuasa yang melindungi kulit dari kesan kerosakan lanjut akibat angin, debu dan matahari.


PC3103 - Syampu Jagaan Kulit Kepala Laviteen Dengan Teh Hijau
RM20.00WM RM20.80EM
350ML

Teh Hijau terkenal sebagai bahan paling berkuasa untuk mencegah kesan radikal bebas yang merosakkan. Syampu Jagaan Kulit Kepala Laviteen dengan Teh Hijau mengandungi Ekstrak Teh Hijau untuk menyubur dan memakan radikal bebas pada kulit kepala, meningkatkan aliran darah di kulit kepala dan memberikan ramuan yang menguatkan kutikel helaian rambut. Ia membantu meningkatkan kesihatan, kecantikan dan kilauan rambut serta kulit kepala. Syampu jagaan kulit kepala ini membersih rambut dengan adunan Teh Hijau dan Pro-vitamin B5 yang merapi, melembut dan menguatkan rambut serta melindunginya dari kerosakan akibat penggayaan rambut. Ia memberikan kesan menentang kelemumur tanpa mengikis helaian rambut mahupun mengganggu kulit kepala dengan mengekalkan minyak semula jadi kulit kepala.


PC3104 - Cecair Penguat Rambut Laviteen Dengan Teh Hijau
RM20.00WM RM20.70EM
250ML

Cecair Penguat Rambut Laviteen dengan Teh Hijau membentuk isipadu dengan sinar menakjubkan, mengawal setiap penggayaan tanpa menggumpal, melekit atau berkerak. Rambut yang kering dan rosak akan tumbuh semula dengan baik melalui penggunaan yang kerap, memberi kawalan dan kilauan serta melembapkan rambut sepanjang hari. Ekstrak Teh Hijaunya berkesan melawan radikal bebas dengan kebaikan antioksida yang menjadikan rambut bermaya. Ia juga mengawal rambut yang berketak dan mudah kusut, memberikan isipadu dan gaya sambil menguatkan struktur rambut. Apa jua yang dilakukan kepada rambut anda - mendandan, membentuk atau mengering, menyikat rapi ke belakang, gaya 'basah' atau sebarang gaya - cecair penguat rambut ini terbukti akan memberikan kejutan menyenangkan kepada anda!


PC3105 - Gel Rambut Laviteen Dengan Teh Hijau
RM22.00WM RM22.70EM
125ML

Gel Rambut Laviteen dengan Teh Hijau dapat menguruskan rambut yang degil dan susah untuk dikawal. Penuh dengan kebaikan antioksida Teh Hijau, ia menjadikan rambut anda lembut dan kelihatan lurus selepas dikeringkan. Ia memberikan penggayaan tanpa kelihatan kaku atau melekit dengan Ekstrak Teh Hijaunya yang memberikan penggayaan berkesan tanpa mengeringkan atau menanggalkan minyak semula jadi rambut, sambil memberikan isipadu dan sinar. Gel rambut ini dapat dicuci dengan mudah tanpa sebarang sisa menjengkelkan yang membuatkan rambut kelihatan kusam dan tidak bermaya - semestinya gel penggaya rambut pilihan anda!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

©2011 Zhulian Online | Template by TNB