Saturday, March 12, 2011

Syarat Keahlian Zhulian

Bagaimana Untuk Bermula?

Langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cerah...

Sebagai Pengedar ZHULIAN, anda akan dapat menikmati peluang tidak terhad untuk gaya hidup berkeistimewaan yang tiada taranya serta masa depan yang lebih cerah lagi berganjaran untuk anda dan insan-insan yang disayangi!
Di sini adalah ringkasan bagaimana anda boleh menjadi Pengedar ZHULIAN.
1.
Untuk mendaftar sebagai Pengedar ZHULIAN, anda mestilah berwarganegara Malaysia, sekurang-kurangnya berusia 18 tahun dan ke atas, dan mestilah ditaja oleh Pengedar ZHULIANyang masih aktif. Anda perlu mengisi butiran yang perlu di dalam Borang Permohonan Hak Pengedaran yang boleh diperolehi dari mana-mana Agensi ZHULIAN atau penaja anda
2.
2. Semasa menyerahkan Borang Permohonan Hak Pengedaran yang lengkap diisi, anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM68.00 bagi Malaysia Barat dan RM74.00 bagi Malaysia Timur, kepada Agensi bertauliah. Agensi bertauliah akan mengeluarkan resit sementara yang tertera nombor TRN (Nombor Pendaftaran Sementara) anda yang boleh digunakan untuk membuat pembelian mana-mana produk ZHULIAN di Agensi. Kit Perniagaan ZHULIAN baru akan turut diberikan oleh Agensi bertauliah kepada anda.
3.
Agensi bertauliah akan menghantar pemohonan anda secara 'online' ke Ibu Pejabat Antarabangsa ZHULIAN di mana semua pemohonan hak pengedaran akan diproses. Anda akan menerima Kad Kebenaran Pengedaran yang tertera DRN (Nombor Pendaftaran Pengedar), yang akan dihantar melalui pos dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari jika pemohonan anda berjaya. Kad Kebenaran ini membenarkan anda terlibat secara aktif di dalam Perniagaan ZHULIAN dengan berkongsi peluang bersama keluarga, sanak-saudara, rakan dan taulan.
Faedah-faedah yang selayaknya buat anda bergantung kepada komitmen dan prestasi anda melalui penjualan produk ZHULIAN dan menduplikasi usaha anda kepada downline berdasarkan Prinsip 3S (Selling – Menjual, Sponsoring – Menaja dan Service – Perkhidmatan) serta tertakluk kepada prosedur, syarat dan peraturan Syarikat seperti yang termaktub di dalam Panduan Perniagaan Keemasan ZHULIAN. Memahami tanggungjawab anda adalah sama pentingnya denagn memahami hak anda sebagai Pengedar demi mencapai kejayaan dalam perniagaan ini. ZHULIAN menggalakkan dan mengingatkan semua Pengedar agar:
  • Membaca, menahami dan mematuhi semua syarat dan peraturan PANDUAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN.
  • Mencapai PV Peribadi sekurang-kurangnya 300 bagi menikmati faedah dan insentif seperti yang termaktub di dalam PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN.
  • Memastikan hak pengedaran anda sah. Hak pengedaran anda sah untuk 12 bulan sahaja. Sila rujuk SYARAT 3 di dalam Syarat dan Peraturan Pengedar untuk prosedur pembaharuan.
  • • Memastikan anda mendapat Cash Bill / Cash Sale yang berkenaan dan sah untuk setiap transaksi yang dibuat di agensi kerana hanya dokumen cetakan komputer ADS dianggap sebagai dokumen rasmi yang menjadi bukti transaksi. Syarikat tidak akan melayan sebarang rungutan berkaitan kehilangan data atau jualan yang tidak direkod tanpa dokumen rasmi sebagai bukti.

Apakah Ganjaranya?

Anda boleh mendapat faedah yang diberikan melalui Pelan Perniagaan Keemasan yang adil, saksama dan berganjaran!
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN adalah pelan yang dinamik lagi terbukti, yang membentuk asas kepada pencapaian para Pengedar kami. Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN adalah model perniagaan yang berorientasikan manusia dengan peluang yang tidak terhad. Ia bertindak balas terhadap cabaran dan keperluan kontemporari, sambil mengekalkan kebaikan tidak ternilai ganjaran yang adil, saksama dan ganjaran selayaknya. Pelbagai ganjaran berbentuk kereta mewah, bonus wang dan martabat kepimpinan adalah gambaran perubahan yang diimpikan bagi membantu menjadikan masyarakat kita tempat yang lebih baik untuk kehidupan demi pemahaman dan keharmonian yang jauh lebih baik.
PAKEJ INSENTIF KEEMASAN ZHULIAN
Melalui Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN yang dihasil teliti, sebahagian besar keuntungan perniagaan ini disalurkan kepada para Pengedar yang berhak. Setiap Pengedar akan diberi ganjaran selayaknya dalam bentuk bonus, tabung dan insentif lain seperti berikut:-
  • BONUS PENCAPAIAN (PB)
  • BONUS PENCAPAIAN KUMPULAN PERIBADI (PGAB)
  • BONUS PERKEMBANGAN KEPIMPINAN (LDB)
  • BONUS PENCAPAIAN DIAMOND (DAB)
  • TABUNG KERETA (CF)
  • BONUS EKSKLUSIF DIAMOND (DEB)
  • FORUM ANTARABANGSA DIAMOND
  • BONUS KECEMERLANGAN ROYAL
<> <> <> 


Produk ZHULIAN mematuhi peruntukan Halal!
ZHULIAN memberikan komitmen untuk memastikan semua produk Makanan & Minuman hingga ke produk Nutrisi Kesihatannya mematuhi segala peruntukan HALAL seperti yang telah ditetapkan oleh Bahagian Makanan dan Barangan Gunaan Islam JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kesemua produk makanan kami yang memaparkan cap HALAL telah melalui proses pemeriksaan dan undang-undang ketat yang memenuhi piawaian HALAL dari segi penyediaan, pengendalian, pencucian, penyimpanan, penyahjangkitan, pemprosesan dan pengangkutan hinggalah ke amalan pengurusan
     
Jika berminat menjadi pengedar zhulian sila hantar email anda kepada :awin.ghani@gmail.com
Yuran RM68
Maklumat yang diperlukan adalah:
Nama : Seperti didalam kad pengenalan
No Kad pengenalan baru: 
Bangsa:
Jantina:
Taraf Perkahwinan:
Keutamaan Bahasa:
Alamat:
Telefon Rumah:
Telefon Bimbit:
Nama Waris:
Perhubungan: Bapa,anak,isteri,emak,anak lelaki,anak perempuan,adik beradik lelaki,adik beradik perempuan
Telefon Waris:
No kad Pengenalan Waris:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

©2011 Zhulian Online | Template by TNB