Sunday, November 30, 2014

Rantai potongan 25%

Stok Adalah terhad. Potongan 25% termasuk pos diberikan selagi stok masih ada. Sila sms atau wasap awin 0192497051.

[ ... ]

Saturday, November 29, 2014

Brooch zhulian diskaun 25% stok adalah terhad

Sila wasap 0192497051 utk tempahan. Tawaran selagi stok masih ada...

[ ... ]

Friday, June 15, 2012

GreenLex- Herba Tradisional


B2301 / NB2303 - GREENLEX ORGANIC SPIRULINA
RM77.00WM RM78.00EM
250 TABLET KUNYAH PER BOTOL


Makanan Lengkap yang Kaya Nutrien

  • Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik.
  • Spirulina Disahkan Organik.
  • Makanan Lengkap Kaya Nutrien dan Seimbang.
  • Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat.
  • Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan.

  • GREENLEX ORGANIC SPIRULINA diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang pencemaran atau bahan pencemar. Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah kandungan natrium. Spirulina juga kaya protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting dan asid gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia.                         
    GREENLEX ORGANIC SPIRULINA adalah daripada spesis tulen spirulina platensis yang ditumbuh dengan air mineral bebas pencemaran melalui fotosintesis semula jadi bagi mencakupi nutrien organik dengan menggunakan peralatan moden dan bioteknologi mikroalga termaju. Kawalan ketat dilaksanakan pada setiap proses bagi memastikan produk ini memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Dihasilkan dalam bentuk tablet kunyah yang lebih kecil dan lebih kompak, ia ideal untuk yang muda dan tua. Spirulina yang digunakan mengandungi 70% protein mudah cerna.
     
     
     
     
     
     
    NC2701 - GREENLEX MEMO COMPLEX
    RM73.00WM RM74.00EM
    60 KAPSUL PER BOTOL

    Formulasi Menyeluruh Untuk Kesihatan Am

  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesejahteraan umum.
  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Formulasi GREENLEX MEMO COMPLEX terdiri daripada BacoMind®, ekstrak herba Bacopa yang berdaftar, ekstrak Ashwagandha dan ekstrak daun Ginkgo yang dikenali untuk memperbaiki peredaran darah. Ramuan-ramuan ini disatukan untuk bertindak secara sinergi dan membantu menyelenggarakan kitaran periferal, menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan umum.

  • BacoMind® adalah ekstrak herba Bacopa berdaftar yang diperolehi daripada tumbuhan Bacopa monnieri Linn. Bacopa monnieri adalah salah satu daripada pokok berubat yang berharga dalam rawatan Ayurveda dan telah digunakan secara tradisional untuk lebih 3000 tahun. Ia dipiawaikan secara kimia dengan 9 sebatian bio-aktif berbeza.
  • Ekstrak Ashwagandha juga dikenali sebagai Withania somnifera Dunal (keluarga: solanaceae). Seringkali dirujuk sebagai “Ginseng India”di dalam rawatan Ayuveda. Ekstrak Ashwagandha bertindak sebagai penyesuai yang membantu menguatkan keupayaan tubuh menghadapi stres, memupuk kerehatan dan kepekaan serta merangsang kecergasan dan kekuatan.
  • Ekstrak daun Ginkgo digunakan secara tradisional untuk memperbaiki peredaran dan aliran darah. Pengunaan perubatan ginkgo biloba tercatat sejak 2800 Sebelum Masihi di dalam penulisan Cina.





  • NC2702 - GREENLEX I-COMPLEX
    RM124.00WM RM125.00EM
    60 KAPSUL PER BOTOL
    Diformulasi untuk mata yang sihat

  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesihatan mata.
  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.
  • Diformulasikan agar bertindak secara sinergi: kebaikan ramuan dipertingkatkan kerana kehadiran ramuan-ramuan lain.
  • Sesuai bagi semua peringkat usia, muda dan tua.
  • GREENLEX I-COMPLEX diformulasi berasaskan sains nutrisi bagi membantu individu memperolehi nutrisi secukupnya yang diperlukan setiap hari bagi penglihatan yang sihat. Ia mengandungi ekstrak piawai daripada buah Bilberi, bunga Marigold, buah kelapa sawit, biji anggur dan lada hitam yang mengandungi sejumlah fitokimia, terutamanya sebatian flavonoid yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan kesihatan mata yang umum.

  • Ekstrak Buah Bilberi mengandungi kepekatan flavonoid tinggi yang dikenali sebagai antisianosida. Fitonutrien ini menunjukkan aktiviti antioksidan menakjubkan yang dikaitkan dengan kesihatan mata.
  • Ekstrak Bunga Marigold mengandungi banyak sebatian antioksidan berharga yang dikenali sebagai lutein iaitu komponen utama bagi makula, kawasan di dalam retina mata manusia. Paras lutein yang sihat juga membantu mengatasi kemerosotan beransur-ansur makula daripada menua dan tercetusnya degenerasi makular yang diakibatkan oleh peningkatan usia (AMD).
  • Ekstrak Buah Kelapa Sawit Caromin® mengandungi karotenoid semula jadi, yang diekstrak daripada minyak / buah kelapa sawit mentah (Elaeis guineensis). Selain kandungan tertinggi alpha-karotena, ia juga mengandungi campuran karotenoid lain seperti beta-karotena, gama-karotena dan likopena yang biasa ditemui di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kombinasi karotenoid dalam perkadaran semula jadi dan kesan sinerginya berkemungkinan dapat memberikan banyak kesan berfaedah kepada kesihatan berkenaan karotena, salah satunya adalah menggalakkan kesihatan mata.
  • Ekstrak Biji Anggur adalah sumber OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) berkepekatan tinggi, sejenis antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.
  • Ekstrak Lada Hitam adalah ekstrak piawai daripada buah Piper nigrum L (lada hitam) atau Piper longum L (lada panjang). Ia mengandungi piperine berkepekatan tinggi.
  • [ ... ]

    Zhubee- Vitamin Dan Herba

    NT3202 - Tongkat Ali Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee
    RM94.00WM RM94.60EM
    80 KAPSUL

    Bagi mereka yang mencari kombinasi makanan tambahan kesihatan dengan manfaat kesihatan, Tongkat Ali dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee adalah pilihan yang amat disyorkan. Diadun secara sinergi, rumusan 3 bahan penting istimewanya - Tongkat Ali, Jeli Raja dan Ginseng menawarkan gabungan tiga ramuan yang berkesan untuk membekalkan tubuh anda rangsangan berkhasiat yang diperlukan. Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia adalah herba tradisional yang digunakan dengan meluasnya secara tradisional untuk meningkatkan paras tenaga dan stamina. Jeli Raja adalah sumber khasiat semula jadi yang kompleks untuk merangsang tenaga dan kesihatan. Ia juga merupakan sumber yang kaya dengan asid amino, Vitamin A, C, D, E dan B-kompleks, mineral-mineral surih dan asid lemak. Ginseng, herba purba yang begitu popular telah lama diiktiraf sebagai memiliki nilai kesihatan. Komponen utamanya, ginsenosida, dipercayai merupakan komponen yang mempengaruhi prestasi fizikal. Satu lagi komponen penting, polisakarida, dipercayai kerap digunakan sebagai tonik umum kerana ciri-ciri menyegarnya. Ginseng banyak kegunaannya dalam ubat-ubatan tradisional.
     
     

    NT3204 - Kacip Fatimah Dengan Jeli Raja & Ginseng Zhubee
    RM94.00WM RM94.60EM
    80 KAPSUL

    Kacip Fatimah dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee dirumus khas sebagai makanan tambahan kesihatan yang ideal untuk wanita. Kacip Fatimah - atau Labisia Pumilia adalah tumbuhan herba kecil yang diambil meluas oleh wanita selepas proses kelahiran. Jeli Raja memang diketahui merupakan salah satu makanan semula jadi yang hampir lengkap. Ianya adalah bahan putih seperti susu yang dirembeskan oleh lebah pekerja. Jeli Raja adalah makanan eksklusif ratu lebah. Ratu lebah boleh membawa 2000 telur yang hampir dengan berat badannya sendiri. Ia boleh hidup selama hampir 5 tahun sementara lebah pekerja hanya hidup selama 3 bulan sahaja. Kesan ini membuktikan manfaat Jeli Raja. Ginseng pula menolong memperbaiki keberkesanan fizikal. Dengan pengambilan harian Kacip Fatimah dengan Jeli Raja & Ginseng ZhuBee yang tetap, anda boleh membekalkan rangsangan tambahan kepada kesihatan umum anda !




    NT3205 - Vitamin C Zhubee

    Vitamin C bertindak sebagai bahan antioksida dan membantu menentang antigen - bahan-bahan yang membawa penyakit kepada badan. Vitamin C juga diperlukan untuk fungsi-fungsi lain dalam tubuh seperti membantu mengekalkan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta kesihatan keseluruhan badan. Satu sebab mengapa anda perlukan pengambilan tetap Vitamin C ialah kerana ia merupakan vitamin yang boleh larut dalam air. Ini bermakna, mana-mana Vitamin C yang tidak digunakan oleh tubuh anda disingkirkan setiap hari daripada tubuh anda melalui air kencing. Kerana itulah anda memerlukan makanan tambahan Vitamin C yang berkualiti seperti Vitamin C ZhuBee untuk mengekalkan paras Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh anda. Ambillah Vitamin C ZhuBee setiap hari mengikut dos harian yang disyorkan atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda dan nikmati kesihatan dan kecergasan yang lebih baik dengan produk yang dicipta khas untuk anda.
     
     
     

    NT3206 - ZHUBEE OMEGA 3 PLUS DENGAN MULTIVITAMIN
    RM37.00WM RM38.00EM
    60 TABLET
    ZHUBEE OMEGA 3 PLUS DENGAN MULTIVITAMIN mengandungi DHA, EPA dan 9 vitamin penting – A, C, D, E, B1, B2, B6, B12 dan Nikotinamida bagi mengekalkan kesejahteraan umum tubuh badan. Omega-3nya yang diperolehi daripada ikan air sejuk laut dalam adalah sejenis asid lemak poli tak tepu berantai panjang – mengandungi 18% EPA dan 12% DHA. EPA dan DHA adalah penting bagi mengekalkan kesihatan. Sesuai bagi kanak-kanak yang tidak berupaya menelan kapsul atau tablet, kerana produk ini dihasilkan dalam bentuk mudah dikunyah. Golongan dewasa yang tidak gemar mengambil kapsul atau tablet juga boleh mengambil produk ini sebagai suplemen bagi mengekalkan kesihatan umum.
    PERINGATAN:

  • Dilarang mengambilnya jika hipersensitif kepada mana-mana satu daripada ramuan aktif.
  • Memandangkan produk ini mengandungi Aspartam, ia tidak sesuai untuk Fenilketonurik.

  • NT3207 - ZHUBEE C DENGAN LYSINE
    RM33.00WM RM34.00EM
    100 TABLET

    Vitamin C adalah bahan penting bagi membentuk kolagen, iaitu protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Ia membantu penyerapan zat besi, lantas menolong mencegah penyakit skurvi. Kini dengan ZHUBEE C DENGAN LYSINE, anda boleh menikmati kebaikan vitamin C serta manfaat Lysine yang merupakan salah satu asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu. Pelbagai kebaikan lysine termasuklah membantu pertumbuhan tisu dan perkembangan tulang yang elok, serta membantu meningkatkan selera. Ianya ideal untuk kanak-kanak yang cerewet dan tidak gemarkan sayur-sayuran, sebagai suplemen yang dapat membangkitkan selera mereka serta mencapai pengambilan vitamin C yang disyorkan.
    [ ... ]

    Vegi-Vera- Jus Gandum




    NT2010 - Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera
    RM78.00WM RM82.00EM
    30sachet x 8g
    Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera adalah minuman kesihatan yang popular. Ia adalah tambahan minuman yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan untuk merangsang pemakanan harian anda. Jus Daun Gandum telah lama dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim penting. Ia mengandungi kandungan protein yang tinggi serta asid amino penting dan tidak penting. Dikenali sebagai penyahtoksin yang hebat, Jus Daun Gandum juga mengandungi flavanoid, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan mineral penting seperti besi, kalsium dan magnesium. Daun Gandum mempunyai kesan antibiotik, antioksida dan anti-keradangan. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera tidak seperti produk Daun Gandum biasa kerana ia menawarkan nisbah kepekatan 33:1 sedangkan produk lain merupakan serbuk Daun Gandum kering dan bukannya serbuk Jus Daun Gandum yang mempunyai kualiti berkhasiat Daun Gandum sebenar. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera mengekalkan kebanyakan daripada nilai nutrisi tingginya bagi memastikan produk berkepekatan konsisten yang memberikan perlindungan antioksida penting kepada tubuh yang membantu sel dan tisu tubuh. Nikmati minuman yang memuaskan dan penghilang dahaga ini untuk kelebihan khasiatnya!
    [ ... ]

    Wanisa- Tuala Wanita

    Perlindungan terbaik bagi setiap wanita pada hari-hari tertentu, setiap bulan

     
    Rangkaian produk TUALA WANITA WANISA adalah penemuan revolutioner yang memenuhi segala keperluan anda, sama ada semasa kedatangan haid mahupun hari-hari di antaranya. Didatangkan dalam 3 bungkusan mudah untuk menolong anda menghadapi hari-hari aliran haid anda: “Siang” untuk hari aliran biasa; “Malam” untuk hari aliran tenat atau untuk kegunaan di waktu malam dan “Pelapik” untuk hari aliran ringan atau untuk kegunaan harian. Diperbuat daripada pelbagai lapisan bahan superior dengan rangkaian ciri-ciri unik, ia memberikan anda kawalan walaupun ketika hari yang merisaukan. Potongannya direka agar terletak kemas mengikut bentuk tubuh anda serta memberikan perlindungan anti-kebocoran yang hebat.Ciri serap terus uniknya dengan lapisan penyerap pelbagai merupakan ‘penyelamat’ di hari-hari aliran yang tenat. Kedua-dua sayap berpelekatnya (Siang & Malam sahaja) dan pita pelekat yang kuat akan melekap mengikut lentur seluar dalam anda dan menetapkan TUALA WANITA WANISA pada kedudukannya. Lebih daripada itu, Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakannya dengan fungsi 4-dalam-1 ~ Fungsi Sinar Inframerah Jauh & Ion Negatif unik dengan tindakan Anti-bakteria dan Penyahbauan, memberikan lebih banyak kebaikan untuk perlindungan dan penjagaan yang secukupnya. Rasai kesegaran dan keselesaan yang unggul, dapatkan perlindungan kebersihan maksimum dan bebaskan diri anda dari gangguan bulanan! Bertukarlah kepada seorang wanita yang yakin dan percaya-diri! Jadilah wanita berkuasa!
     


     

    NK5701 - Kombinasi Siang, Malam & Pelapik
    RM71.00WM RM73.00EM


    NK5702 - Kombinasi Siang & Pelapik
    RM71.00WM RM73.00EM



    NK5703 - Kombinasi Malam & Pelapik
    RM71.00WM RM73.00EM


    NK5704 - Pelapik
    RM77.00WM RM79.00EM
     
    [ ... ]

    El'tina- Produk Rambut, Badan & Kulit


    PC3311 - Syampu Badan Eltina Eengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E
    RM22.00WM RM22.80EM
    500ML

    Syampu Badan Eltina Dengan Lemon, Ginseng Dan Vitamin E menghasilkan buih yang banyak untuk mandian dari hujung rambut ke hujung kaki, meninggalkan rasa kulit yang lembut, bersih dan segar. Bercirikan kompleks nutrien istimewa seperti Lemon, Ginseng dan Vitamin E, syampu badan premium ini memberikan rawatan hebat untuk mengekalkan kulit yang lembut, lembap dan dimanjakan. Lemon dianggap sebagai pengembali kemudaan. Ia membantu mewujudkan kulit muda sementara Vitamin E dan Ginseng pula bertindak menghasilkan kulit yang sihat dan lembut. Ekstrak Ginseng merupakan bahan antioksida berkuasa tinggi yang mengaktifkan superoksida dismutase (SOD) - salah satu daripada enzim utama antioksida yang paling berkesan digunakan untuk merangsang pertumbuhan sel, menggalakkan kitaran mikro serta membekalkan sifat anti-keradangan dan bahan pembersih. Formulasi hebat ini juga mengandungi Natrium Laktat dan gliserin untuk kesan lembapan dan humektan yang lebih baik.

    PC3312 - Syampu Rambut Eltina Dengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E
    RM20.00WM RM20.80EM
    350ML

    Syampu Rambut Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E memberikan rawatan cucian rambut dan kulit kepala yang sungguh melegakan. Ia membersihkan dan merangsang kulit kepala dan rambut secara lembut sambil menambahkan nutrien penting yang diperolehi daripada Ekstrak Ginseng dan Vitamin E serta minyak pati semula jadi Lemon. Cucian harian memberikan pembersihan mendalam pada kulit kepala, menyingkirkan minyak dan kotoran yang melekat pada folikel rambut agar rambut kekal kuat, sihat dan subur. Ia menyingkirkan kekotoran, minyak dan bahan yang terbentuk daripada produk pengayaan rambut agar rambut bersinar, sihat dan mudah diurus. Ramuan aktifnya seperti Pantenol atau Pro-Vitamin B5 mencegah kerosakan rambut dan memberikan sinar dan keanjalan dari luar dan dalam liang rambut.

    PC3313 - Perapi Rambut Eltina Dengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E
    RM21.00WM RM21.80EM
    350ML

    Memilih perapi rambut yang sesuai dapat mencegah rambut berminyak, tidak bermaya dan kekeringan. Hidratkan dan kembalikan lembapan yang sihat pada rambut anda dengan perapi rambut premium ini. Perapi Rambut Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E adalah perapi harian hebat yang direka untuk merapi dan mencantikkan semua jenis rambut. Ia menawarkan perapi dengan haruman yang lembut memikat yang memberikan rambut yang lembut, licin, berkilat dan lebih mudah diurus. Perapi rambut yang sungguh berkesan ini membantu mencegah rambut bercabang dan kelemumur serta menyuburkan rambut. Penggunaan yang kerap menjadikan rambut tidak kusut serta bersinar berseri-seri. Bahan Ginsengnya memperelokkan rambut, membekalkan khasiat penting terhadap rambut sementara Lemon dan Vitamin E membekalkan kesegaran yang amat diperlukan untuk rambut yang sihat. Melangkah lebih bergaya dengan perapi rambut menakjubkan ini!
     
     

    PC3314 - Pemulih Rambut Eltina Dengan Lemon
    RM28.00WM RM28.80EM
    110ML

    Apabila rambut anda kelihatan kaku dan tidak berseri, tiba masanya untuk rawatan pemulihan rambut yang sebenar. Pulihkan rambut rosak dan kembalikan rambut anda yang lembut, sihat dan bersinar. Pemulih Rambut Eltina Dengan Lemon memberikan rawatan pemulihan rambut dengan memupuk bahan antioksida dan ekstrak Lemon yang melegakan bagi membantu pembaikian rambut. Ekstrak Lemon membantu menyuburkan, merapi dan meningkatkan kekuatan dan keanjalan rambut bagi memastikan rambut anda sentiasa cantik dan sihat. Rawatan berkuasa ini mengubah rambut anda yang rosak kepada rambut yang terurus, menjadikannya sihat dan lembut semula. Jangan biarkan rambut anda menjadi nipis, kusam dan rapuh. Miliki kembali rambut yang lebih cantik yang bersinar, ringan dan penuh tenaga!
     
     

    PC3315 - Krim Pelindung Kulit Eltina Dengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E
    RM27.00WM RM27.80EM
    125G

    Kulit adalah organ terbesar pada tubuh kita dan ia mampu menyerap apa jua bahan yang bersentuhan dengannya. Kerja rumah atau berulang-kali bersentuhan dengan kelembapan, alergen dan bahan merengsakan di tempat kerja boleh menyebabkan atau menambahkan kerosakan kulit yang menjurus kepada penyakit seperti dermatitis sentuhan bahan merengsa atau alahan atau penyakit kulit yang lain. Selain daripada pakaian dan sarung tangan pelindung, penggunaan krim pelindung kulit seperti Krim Pelindung Kulit Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E amatlah disyorkan sebagai kaedah berkesan dalam mencegah kerosakan kulit. Krim Pelindung Kulit Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E diperkayakan dengan ekstrak Lemon, Ginseng dan Vitamin E dan ia diformulasikan untuk melindungi kulit kering atau sensitif daripada kesan kerengsaan dan pendehidratan bahan kimia dalam produk penjagaan rumah. Formulasi istimewanya juga mengandungi ekstrak Lemon dan Ginseng serta pemulih kulit Vitamin E Asetat, bahan antioksida berkesan untuk pelindungan daripada sinar ultraungu. Apabila kerap digunakan, krim menakjubkan ini meningkatkan fungsi sel kulit ? memberikan perlindungan penyuburan kulit yang ideal untuk seisi keluarga
    [ ... ]
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ©2011 Zhulian Online | Template by TNB